JYJ Family
this site the web

[BERITA] Pelakon Wanita Anggun Jeon Inhwa Merupakan Wanita Ideal Bagi Kim Jaejoong

Kebanyakkan pembaca telah maklum, tetapi…

Berapa ramaikah Lelaki Ideal pada pandangan IU? Meneroka pasangan ideal para bintang menerusi pelbagai sudut.



(terjemahan hanya untuk petikan yang berkaitan dengan Jaejoong)
Kim Jaejoong (25 tahun) daripada kumpulan tersohor JYJ telah menyatakan bahawa pelakon wanita Jeon Inhwa (46 tahun) merupakan wanita ideal bagi dirinya sejak awal kemunculannya.  Jeon Inhwa yang lakonan dan kejelitaannya lebih menyerlah ketika meningkat usia merupakan isteri kepada aktor Yu Dongeun (55 tahun). Kim Jaejoong juga nampaknya jatuh hati dengan kejelitaan Jeon Inhwa. Dalam temubual baru-baru ini Jaejoong memaklumkan bahawa beliau menyukai kejelitaan dan keanggunan seniornya itu. Apabila mendengar berita tersebut, Jeon Inhwa nampaknya menyambut kenyataan tersebut dengan baik. Dia mengundang tawa penonton dalam satu rancangan 'variety' apabila menyatakan bahawa anak perempuannya mengatakan semestinya beliau berasa puas hati apabila Kim Jaejoong memilih beliau sebagai wanita ideal pilihannya. Kim Jaejoong seorang yang masih muda tetapi beliau mempunyai penglihatan yang hebat (dalam menilai kecantikan).

Source: Sports Seoul; Danawa
Translation Credit: JYJ3
Terjemahan Bahasa Melayu: JYJMY_niennie