JYJ Family
this site the web

[TANDATANGAN] Peminat JYJ Seluruh Dunia Menyokong Surat Desakan Para Peminat JYJ di Jepun kepada Avex


Kepada para peminat JYJ di seluruh dunia,

Semenjak pengumuman berat sebelah dibuat oleh Avex untuk mengantung semua aktiviti melibatkan Jaejoong, Yuchun dan Junsu pada September 2010 maka Jaejoong, Yuchun dan Junsu (yang kemudiannya dikenali sebagai JYJ) tidak dapat lagi melakukan sebarang aktiviti di Jepun.

Sehingga ke hari ini masih belum ada sebarang penjelasan munasabah yang diberikan oleh syarikat pengurusan Avex ke atas pengantungan tersebut. Dalam tempoh lapan (8) bulan ini, kami peminat JYJ di Jepun, acap kali mengemukakan permintaan kepada Avex agar membenarkan JYJ meneruskan semula aktiviti mereka.

Walau bagaimanapun syarikat Avex menggunakan alasan bahawa pengumuman pengantungan ada kaitan dengan masalah kontrak bagi menghalang JYJ untuk menjalankan sebarang aktiviti di Jepun. Ini termasuklah menghalang hasrat JYJ untuk mengadakan konsert amal bagi tujuan membantu mangsa gempa bumi di Jepun pada 11 Mac yang lalu.
Konsert Amal tersebut merupakan maklumbalas segera JYJ dalam memberikan semangat dan galakkan kepada para mangsa gempa.  Ia juga merupakan tanda penghargaan kepada para peminat mereka di Jepun selain daripada bertujuan mengumpul dana untuk membantu mangsa memulihkan keadaan di kawasan dilanda gempa.

Kami peminat JYJ di Jepun amat berterima kasih di atas keprihatinan dan sikap ambil berat JYJ terhadap kami. Kami menyimpan hasrat untuk berjumpa dengan JYJ dan mendengar mereka menyanyi.

Kami, sukarelawan Jepun peminat JYJ, telahpun menghantar surat desakan kepada Avex untuk menyelesaikan isu penggantungan tidak munasabah ke atas semua aktiviti JYJ dan berharap JYJ dapat mengadakan aktiviti mereka di Jepun.

Kami memohon jasa baik daripada semua peminat JYJ di seluruh dunia untuk menyokong surat desakan kami ini.


 Credit: Change
Shared by: JYJ3
 Terjemahan Bahasa Melayu: JYJMY_Hayati