JYJ Family
this site the web

[BERITA] Persembahan Lagu ‘That Man’ Oleh Junsu Mendapat Liputan Media Cetak Korea


Sports Korea : Versi ‘That Man’ oleh Junsu begitu Menggagumkan

Lebih hebat daripada Hyun Bin

Lagu ‘That Man’ yang dinyanyikan oleh Kim Junsu daripada JYJ dalam persembahan beliau mendapat perhatian ramai di dalam internet.

Video yang menunjukkan beliau menyanyikan lagu ‘That Man’ iaitu lagu tema <Secret Garden> telahpun disiarkan melalui internet pada 14hb yang lalu. Beliau yang menyanyikan lagu tersebut secara karaoke dikatakan telah memberi ‘nafas’ kepada lagu berkenaan dengan suaranya yang unik dan lunak.
Sememangnya Kim Junsu telah lama dinobatkan sebagai idol yang boleh menyanyi dengan sangat baik. Warga internet yang telah menonton video tersebut rata-rata menghujani beliau dengan pujian – “walaupun hanya dengan iringan karaoke kehebatan nyanyian Kim Junsu amat terserlah, seperti yang dijangka sememangnya beliau vokalis idol yang amat hebat.

Pada masa kini, Kim Junsu sedang giat menjalani latihan untuk persembahan beliau dalam teater muzikal <Mozart> yang akan bermula pada 24hb Mei 2011.
Source. Sports Korea, Chopin in DC TVXQ Gallery
Shared by. withJYJ
~*We will always be with JYJ!!*~
Please remove with full credits


Terjemahan Bahasa Melayu: JYJMY_niennie