JYJ Family
this site the web

[BERITA] Poster Berkonsep Baru Yang Memberi Penekanan Kepada Karektor Utama Untuk Drama Terbaru Yoochun – “Ripley” Meraih Pujian

Keunggulan dan kehebatan Park Yoochun sememangnya sukar untuk disembunyikan…Pendedahan Poster “Ripley”


Nota : Bahagian yang tidak berkaitan dengan Yoochun telah dikeluarkan

Poster bagi drama terbaru MBC “Ripley” yang bakal ditayangkan setiap Isnin-Selasa telahpun diumumkan kepada ramai. Drama tersebut diarah oleh Choi Lee Sup sementara skripnya ditulis oleh Kim Sunyoung

Poster berkenaan yang dilancarkan pada 16hb menggambarkan empat (4) aktor utama masing-masing berada ditengah-tengah lautan manusia yang berpakaian serba hitam dengan topeng muka berwarna putih. Ia merupakan perlambangan kepada kehidupan didunia serba moden yang begitu individualistik disamping cuba menggambarkan betapa sukarnya untuk kita mengenali apa yang terbuku/tersembunyi  didalam hati orang lain.
Kesemua watak utama mengenakan pakaian berwarna kontras dengan 20 orang pelakon tambahan (yang berpakaian hitam) cuba menegaskan kehadiran masing-masing melalui gambaran karektor yang tersendiri.

…(dikeluarkan)

Tidak seperti Myunghoon (lakonan Kim Seungwoo) yang lebih mengejar kejayaan, Park Yoochun yang mendokong watak Yutaka merupakan seorang yang lebih bebas, seorang lelaki muda yang ingin mengejar impiannya melalui nilainya sendiri. Lantaran itu kehadirannya sentiasa terserlah walaupun berada ditengah-tengah lautan manusia…(dikeluarkan)

Kakitangan produksi yang menyaksikan empat (4) aktor utama berkenaan dalam sesi penggambaran poster tersebut dilaksanakan memuji kesungguhan mereka untuk menjayakan konsep yang diinginkan. “Walaupun konsep yang dikehendaki agak sukar, tetapi mereka berjaya melakukanya kerana saya mampu memahaminya dengan mudah apabila melihat hasil pada poster itu”.

 “Ripley” menceritakan kisah sebuah hotel dalam abad ke-21 yang menerajui pasaran ekonomi, budaya serta fesyen dalam kehidupan moden yang begitu individualistik dalam pekerjaan dan percintaan. Drama berbentuk melodrama ini memaparkan sifat tamak dan kasih sayang manusia melalui persembahan video yang sangat menarik. Ia akan mulai ditayang pada 30hb pada jam 9.55 pm.
Source. TV Daily
Translated by. withJYJ
~*We will always be with JYJ!!*~
Please remove with full credits

Terjemahan Bahasa Melayu: JYJMY_niennie